Muzik Pelbagai Kaum

Muzik Kaum Melayu

Nazam
Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa Melayu yang menceritakan perihal Agama Islam.Persembahan yang disertai alat muzik ini memerlukan kemerduan suara.

Gurindam
Gurindam adalah salah satu puis Melayu lama. Gurindam dibaca dengan irama tersendiri, dan berbeza jika dibandingkan dengan lagu syair MelayuPuisi gurindam  mempunyai kata-kata nasihat yang bermakna.

Ghazal
Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Dinyanyikan di negeri Johor. Ghazal merupakan puisi yang mengandungi puisi kasih sayang dan mempunyai pola irama ringan dan diiringi muzik.

Dondang
Sejenis persembahan muzikal tradisional Melayu Melaka. Satu bentuk hiburan masyarakat Melayu bersama kaum lain dengan cara berbalas pantun secara sepontan dalam gaya santai dan kadang kala melucukan.

Muzik Kaum Cina
Opera Cina



Muzik Opera Cina ini disampaika dalam bentuk lakonan yang diiringi alat muzik cina.  Memerlukan kekuatan vokal yang tinggi.

Muzik Kaum India
Karnatik
Karnatik merupakan sebuah Muzik klasik India dipersembakan oleh masyarakat kaum India yang bermula sejak berkurun lamanya. Struktur dalam sesebuah Konsert Karnatik mempunyai irama tersendiri.

Devotional
Muzik Devo ini adalah sebuah  muzik India yang didendangkan  untuk memuji tuhan dan lebih ke arah keagamaan iaitu Agama Hindu.