Jom Tengok.. Macam-macam ada..... Best...

Seni Bina Pelbagai Kaum

WARISAN SENI BINA MELAYU


Aspek estetika rumah Melayu terpancar pada reka bentuknya yang indah, bermula dari halaman yang redup oleh pepohon bunga dan ulaman, lewat tangga yang tersusun, anjung yang nyaman, serambi yang luas serta bilik dan dapur yang selesa. Konsep rumah Melayu ini kemudian dikembangkan kepada istana, masjid dan surau. Aspek kekuatan pada seni bina orang Melayu pula terlihat pada binaan kota-kotanya yang besar dan tegap yang kekal hingga ke hari ini. Orang Melayu juga amat kuat berpegang kepada adat dan suruhan serta tegahan agama Islam. Dengan demikian kita dapat melihat seni bina masjid yang indah di seluruh Alam Melayu. Keindahan seni bina Melayu yang awal ini dapat dikesan melalui epigrafi Islam pada nisan-nisan yang awal. Kreativiti minda bangsa Melayu yang diwarisi oleh tukang-rukang yang mahir ini telah menghasilkan reka bentuk seni bina yang bukan sahaja indah malahan halus dan kaya dengan falsafah yang tersirat tetapi mudah difahami. Tradisi ini tidak lagi dapat bertahan dalam arus pemodenan bangsa Melayu dan haruslah dikekalkan dalam bentuk yang kekal dan selamat. Buku ini adalah rakaman pencapaian bangsa Melayu dalam kemahiran dan kepandaian menghasilkan seni bina serta reka bentuk rumah, istana, masjid dan bangunan lain yang sangat akrab dengan kehidupan bangsa Melayu sejak berabad-abad lamanya. Semua ini adalah untuk tatapan kita dan generasi akan datang.



PENGENALAN
Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dgn sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mrk yg sgt erat dengan alam sekitar.  Falsafah agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan kaum perempuan dipisahkan.  Faktor iklim pula menyebabkan sebahagian besar rumah Melayu tradisional bertiang @ berpanggung dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi kelembapan tanah.  Pada peringkat awal rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat.  Bentuk rumah ini berubah mengikut arus perubahan juga mpunyai falsafah jiwa sezaman(Spirit of times) 


 BUMBUNG
Semua ngri di M’sia, rumah Melayu tradisional t’diri dr rumah bumbung ttp slps kdtgn penjajah ia berubah btk kpd btk limas @ bumbung belanda . Bumbung rumah Melayu sentiasa jenis condong utk kesesuaian cuaca hujan panas tropika (tiada bumbung rata @ leper) .  Bahan yg digunakan utk mhasilkan bumbung juga sesuai dgn cuaca dan teknologi pd masa itu. Sepjg  tepian hjg bumbung pula selalu dipasang cucur atap @ papan cantik berukir menandakan kehalusan seni masy melayu. 
  
ANJUNG
 Ruang ini biasa digunakn kaum lelaki utk mjlnkn kerja rumah spt mengayam pukat, jaring dll. • Anjung jg merupakn tmpt utk berehat & berbincang bg kaum lelaki.  Falsafah yg hendak diketengahkn dlm msyrkt Melayu adalah utk membataskn @membezakn tmpt ant. Kaum lelaki & wanita.  Wanita lebih dibahagian dalam dan lelaki di luar sesuai dengan sifat lelaki sbg pelindung.  Hal ini menunjukkn msyrkt Melayu amat memntingkn adat & tatatertib masy. Sehingga mnjdkn org Melayu dipandang tinggi krn kaya dgn kehalusan budi pekerti.  Juga mengelakkan fitnah kerana tetamu lelaki selalunya hanya dipelawa naik hingga ke anjung sahaja.  Masy melayu mpunyai pandangan yang jauh dan meneliti setiap perkara dengan pertimbangan yang sewajarnya.

RUMAH IBU
Merupakn salah sebuah ruang dalam reka btk rumah Melayu yg utama.  Ruang utama ini dipanggil “ Rumah Ibu” krn b’sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga. Ttp selalunya dikenali sbgai ruang lelaki mnandakan lelaki dianggap sbg ketua dan berada dihadapan untuk melindungi.  Ibu juga dianggap mpunyai kdudukan yang mulia dan harus dihormati . Sesuai dengan nama,fungsinya sbg tmpt ahli2 keluarga beristirehat dan bersantai bersama.  Ini jelas menunjukkn msyrkt  Melayu amat mementingkn ikatan silaturahim ant. ahli kelurga agar bahagia dan harmoni. 

BILIK TIDUR
Ruang rahsia tuan rumah dan ahli keluarga.  Anak lelaki dan perempuan dipisahkan bilik mlambangkan masy melayu yang mgamalkan ajaran Islam dlm kehidupan .  Bilik didirikan bdekatan rumah ibu dan dapur bg myenangkan aktiviti harian.Lelaki akan berada di rumah ibu mnkala perempuan di dapur.  Bilik tidur tidak mnerima tetamu asing mnandakn masy melayu yg peramah dan mesra ttp ada batasnya. 

DAPUR
Dibatasi dgn dinding utk membezakn ant rumah ibu dgn rumah dapur.  Sbg tmpt kaum perempuan memasak @ tmpt khas utk tetamu perempuan mlambangkan peranan perempuan dibelakang lelaki sesuai kdudukan dapur selepas rumah ibu.   Tmpt khas utk keluarga berkumpul.  Org luar tidak dibenarkn masuk sesuka hati ke ruang dapur.  Tmpt ibubapa menyampai pesanan, nasihat dsbnya. Falsafahnya adalah utk mengukuhkn silaturahim ant ahli keluarga dan masy melayu yang tetap memelihara hub.kekeluargaan. 

UKIRAN
Seni ukiran tdpt d tangga rumah, di dinding beranda dsbgnya.  Membuktikn masy Melayu kaya dgn seni yg tersendiri.  Lebih menrapkan falsafah metafora.  Kepingan ukiran berlubang bukan sahaja perhiasan ttp jg menggalakkn udara & cahaya masuk utk menceriakan rumah.   Berunsur corak geometrik @ tumbuhan.  Tiada corak fauna atau binatang selaras dgn larangan agama. 

KESIMPULAN
 Masy Melayu terkenal dgn kehalusan pemikiran berasaskan logik dan akal.  Bentuk dan bahan yg digunakan bgantung kepada falsafah ‘Spirit of Times’ . Setiap ruang mpunyai simbolik @ falsafah tertentu yang ingin diketengahkan.  Islam memainkan peranan penting dlm pmbentukan falsafah pembinaaan rumah melayu.   Bergantung kepada adat atau kepercayaan masy,bentuk rumah boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan falsafahnya. 

Rumah Melayu Melaka
Rumah Tradisional yang dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat melayu berciri-ciri bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin. Tangga batu merupakan ciri-ciri utama disamping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.Halaman Rumah Tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga.



Masjis-Masjid di Malaysia


Rumah Melayu Johor


Rumah Melayu Perak






WARISAN SENI BINA CINA

                 Gaya seni bina Cina merujuk kepada suatu gaya seni bina yang telah dibentukkan di Asia untuk beberapa abad. Prinsip-prinsip seni bina Cina telah kekal secara besarnya tidak berubah, perubahan utama hanya pada perincian berhiasan. Sejak Dinasti Tang, seni bina China telah mempunyai pengaruh besar ke atas gaya seni bina Korea, Vietnam dan Jepun.
            Gaya seni bina China adalah setua tamadun China. Dari setiap sumber maklumat - sastera, grafik, teladan - adanya bukti kuat menyaksikan pada nyatanya bahawa orang China telah sentiasa menggunakan sistem asli pada pembinaan yang telah mengekalkan ciri-ciri prinsip dari zaman prasejarah ke hari kini. Ke atas kawasan yang besar dari Turkistan China ke Jepun, dari Manchuria ke bahagian utara Indochina Perancis, sistem pembinaan yang sama tersebar; dan ini adalah kawasan pengaruh budaya China. Bahawa sistem ini pada pembinaan dapat sendiri hidup lamanya untuk lebih daripada empat ribu tahun ke atas suatu wilayah yang sangat besar dan masih kekal sebagai sebuah gaya seni bina hidup, mengekalkan ciri-ciri utamanya pada masa serangan asing yang berulangan - tentera, intelektual, dan rohaniah - adalah suatu fenomena yang cuma dapat dibandingkan dengan kelanjutan tamadun yang mana ia adalah suatu bahagian yang penting
        Senibina masyarakat cina  terbahagi kepada 2 jenis iaitu senibina tradisional dan senibina Baba-Nyonya.Kebanyakan masyarakat cina mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu ukiran ataupun senibina yang digambarkan. Contoh senibina tradisional adalah tokong-tokong cina di seluruh negara,seperti Tokong Chen Hong Teng yang dibina pada tahun1646 manakala senibina Baba-Nyonya banyak terdapat di negeri pulau pinang dan melaka.Pembinaannya dibina dengan halaman terbuka di bahagian dalam rumah dan pemasangan jubin yang cantik dan mempunyai corak serta berwarna-warni.Tambahan pula,terdapat juga senibina masyarakat cina yang menggabungkan unsur Cina dan Barat.Senibina seumpama ini jarang ditemui dan dapat dilihat di masjid Tengkera Melaka yang hampir sama dengan menara pagoda yang menunjukkan unsur senibina cina di bumbung dan digabungkan dengan tirai dan kisi-kisi berunsur barat.


WARISAN SENI BINA INDIA



Bagi masyarakat india pula,senibina banyak dipamerkan melalui kuil-kuil Hindu.Lazimnya senibina masyarakat india bewarna-warni dan mempunyai unsur-unsur dewa-dewi kepercayaan agama hindu.Contoh senibina india iaitu Kuil Sri mahamariaman yang dibina pada hujung abad ke-19 di Kuala Lumpur yang merupakan kuil tercantik di negara ini.Senibina yang dipaparkan adalah secara terperinci menggabungkan ukiran halus,hiasan emas,motif lukisan tangan dan jubin yang cantik.